סיכום: | Bahasa Pengaturcaraan merupakan hubungan antaramuka manusia dan komputer, tenpanya tidak mungkin sesuatu komputer itu dapat digunakan dengan berkesan. Oleh itu, kajian terhadapnya amatlah penting sekali untuk mengetahui keupayaan dan kemudahan-kemudahan sesuatu bahawa pengaturcaraan. Kriteria sesuatu bahasa yang baik juga akan dibincangkan. Kajian ini antara lain bertujuan untuk mengetahui bagaimana sesuatu acara itu ditulis dan kriteria pemilihannya. Tempat yang terlibat dalam kajian ini ialah Pusat Komputer, Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Sains Komputer, Universiti Teknologi Malaysaia dan Bahagian Komputer Dewan Bandaraya, Kuala Lumpur. Disamping itu, sampel-sampel aturcara yang betul-betul digunakan dianalisa untuk melihat penggunaan pernyataannya, aliran aturcara dan dokumentasinya. Sebarang kelemahan dari segi pengaturcaraan dalam sesuatu bahasa itu akan dikenalpasti dan akan dikemukakan cadangan-cadangan yang boleh menambahkan lagi keberkesanannya.
|