Summary: | Penggunaan teknologi struktur ruang telah berkembang dengan pesatnya. Pembinaannya sangat popular terutama pada bangunan yang memerlukan rentang yang luas, berkehendakkan bentuk khas dan menarik pada sudut senibina. Struktur ruang juga lazimnya digunakan dalam pembinaan menara penghantaran. Projek tahun akhir ini akan membeikan penumpuan kepada struktur ruang, terutama menara penghantaran yang berfungsi menyokong talian penghantaran elektrik dan dawai bumi. Kajian mengenai perancangan, pemilihan dan pembinaan struktur menara akan dibincangkan dalam projek ini. Menara penghantaran adalah direkabentuk bagi jangka hayat yang tertentu. Walaupun dalam keadaan sebanar baik pulih anggota struktur jarang dilakukan, iaitu penggantian anggota struktur, namunprojek tahun akhir ini akan membincangkan bagaimana perlakuan keseluruhan struktur dan kesannya terhadap kstabilan akibat dari penanggalan satu anggota.Satu pakej komputer, iaitu 'MICROSTAN' yang terdapat di Ibu Pejabat Tenaga Nasional, Kuala Lumpur akan digunakan bagi menganalisis struktur berdasarkanjenis struktur menara dan kes penanggalan anggota.
|