Sifat-sifat konkrit bertetulang gentian keluli /

Konkrit bertetulang gentian keluli telah banyak digunakan dalam banyak aspek kejuruteraan awam di negara Sweden, Amerika Starikat dan juga di Malaysia iaitu dilandasan pendaratan kapal terbang di Subang. Gentian ini banyak digunakan bersama konkrit di dalam laluan jalan kaki, lapikan terowong dan pe...

Descripción completa

Detalles Bibliográficos
Autor principal: 323583 Zuridah Abdul Karim
Formato:
Publicado: Sekudai : UTM, 1994
Materias:
Descripción
Sumario:Konkrit bertetulang gentian keluli telah banyak digunakan dalam banyak aspek kejuruteraan awam di negara Sweden, Amerika Starikat dan juga di Malaysia iaitu dilandasan pendaratan kapal terbang di Subang. Gentian ini banyak digunakan bersama konkrit di dalam laluan jalan kaki, lapikan terowong dan pembaikan geladak jambatan. Penggunaan gentian keluli dalam struktur didapati memperbaiki sifat-sifat konkrit seperti kekuatan lenturan, mampatan, hentaman dan tegangan. Dalamprojek ini dua jenis gentian keluli iaitu crimped dan deformed end telah dikaji. Tujuan utama penyelidikan iniadalah untuk mengkaji kesan penggunaan gentian keluli terhadap kekuatan mampatan dan kekuatan lenturan konkrit menggunakan peratus gentian keluli dan enis gentian yang berbeza. Pengetahuan terhadap ciri-ciri gentian keluli dan ciri-ciri matriks adalah penting dalam mengkaji sifat-sifat konkrit ini kerana kekuatan konkrit adalah dipengaruhi oleh nisbah air-simen, peratus gentian secara berat atau isipadu yang digunakan, bentuk gentian, panjang gentian dan orientasinya. Ujian lenturan keatas rasuk dan ujian mempatan ke atas kiub dilakukan pada hari ke 7 dan hari ke 28. Kaedah penyediaan, awetan dan ujian-ujian adalah berpandukan kepada MS 26: 1991, bahagian 1 dan Bahagian 2. Pemerhatian ujikaji dicatat dan keputusan ujikaji dibentangkan di dalam tesis ini.