Summary: | Tujuan kajian adalah untuk membanding dan menilai keberkesanan sistem raatanrawatan BRU-1 dalam merawat airsisa domestik. Kajian ini adalah untuk menentukan kualiti air airsisa yang telah dirawat. Ini adalah berdasarkan kepada penyingkiran parameter-parametar COD, BOD, dan SS mengikut Standard Method(APHA). Kajian ini adalah merupakan lanjutan kepada kajian-kajian projek tahun akhir yang lepas. Dalam kajian ini isipadu dan tangki reaktor yang lebih kecil digunakan. Hasil kajian yang didapati akan dibandingkan dengan hasil kajian yang lepas untuk membuat perbandingan tentang tahap keberkesanan dan keupayaan model BRU-1 dalam kajian ini. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti dan mencadangkan faktor-faktor lain, yang mempengaruhi tahap keberkesanan dan keupayaan sistem BRU-1. Misalnya faktor isipadu takungan, saiz dan geometri tangki,, susunan media dan lain-lain lagi. Pengukuran akan dibuat untuk mengenal pasti beapa banyakkah kadar penyingkiran bahan organik dan enap cemar. Ini ditunjukkan melalui ujian-ujian parameter seperti COD, BOD, SS dan PH.
|