Sistem teknik pengenalan untuk meramal kualiti efluen dalam lagun berudara /
'Kaedah lagun Berudara' merupakan kaedah yang digunakan untuk merawat airsisa secara biologi. Kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan tahap kualiti efluen yang ditunjukkan melalui sebuah model lagun berudara. Prestasi lagun adaslah berdasarkan kepada kadar penyingkiran parameter-param...
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Published: |
Sekudai : UTM,
1994
|
Subjects: |
Summary: | 'Kaedah lagun Berudara' merupakan kaedah yang digunakan untuk merawat airsisa secara biologi. Kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan tahap kualiti efluen yang ditunjukkan melalui sebuah model lagun berudara. Prestasi lagun adaslah berdasarkan kepada kadar penyingkiran parameter-parameter pencemar. Pendekatan 'Sistem Teknik Pengenalan' (SIT) telah membawa satu perkembangan yang baik di dalam meramalkan kuliti efluen sesuatu airsisa berdasarkan model yang telah direkaebentuk. Analisa hasil kajian melalui SIT menunjukkan pekali ralat bagi kes I adalah 4.55 x 10-2, 4.14 x 10-2 bagi kes II dan 3.94 x 10-2 bagi kes III. Analisa menunjukkan pekali kadar penyingkiran 'k' berasaskan BOD3 adalah 0.67 dan 0.44 bagi COD. Manakala kestabilan operasi pula menunjukkan suuhu purata bagi influen adalah 18.40 'C dan 25.46'C bagi efluen. Purata pH yang diperolehi adalah 6.05 bagi influen dan 6.91 bagi efluen. Nilai purata kekeruhan yang diperolehi ialah 155.2 JTU bagi influen dan 46.6 JTU bagi efluen. penganalisaan terhadap data COD dan BOD menunjukkan nilai purata peratus penyingkiran COD adalah 47.17% dan 50.8% bagi BOD3. |
---|