Optimisasi dalam pengangkutan bandar menggunakan sistem LRT : kajian kes : Kuala Lumpur /
Hari ini, mengharungi kesesakan jalanraya di kuala Lumpur terutama di waktu-waktu puncak merupakan kemestian untuk wargakota dan disedari atau tidak, wargakota sendiri berada dalam kerugian. Fenomena ini semakin meruncing di tahun-tahun kebelakangan ini dan menjuruskan kepada beberapa permasalahan l...
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Published: |
Sekudai : UTM,
1994
|
Subjects: |
Summary: | Hari ini, mengharungi kesesakan jalanraya di kuala Lumpur terutama di waktu-waktu puncak merupakan kemestian untuk wargakota dan disedari atau tidak, wargakota sendiri berada dalam kerugian. Fenomena ini semakin meruncing di tahun-tahun kebelakangan ini dan menjuruskan kepada beberapa permasalahan lain yang berkaitan seperti pencemaran udara dan sebagainya. Punca yang amat nyata dalam permasalahan ini adalah peningkatan bilangan kenderaan bermotor di Kuala Lumpur yang amat pesat. Selain itu juga, pertambahan permintaan untuk kemudahan pengangkutan awam ekoran peningkatan populasi wargakota juga turut menyumbang ke arah permasalahan ini. Di dalam kajian ini, penulis membincangkan konsep-knosep asas dan objektif perancangan pengangkutan bandar serta masalah-masalah pengangkutan di Kuala Lumpur pada masa kini. Sistem Transit Ringan (LRT) menjadi fokus utama perbincangan sebagai alternatif mode pengangkutan di Kuala Lumpur. Hasil dari kajian ini didapati penggunaan sistem ini di Kuala Lumpur adalah bertepatan dengan keupayaannya kerana sistem ini ringkasnya adalah sistem yang versatile, memikat pengguna dan memelihara alam sekitar. |
---|