Summary: | Satu projek pembinaan tasik rekreasi di dalam kawasan kampus UTM telah dirancang, ekoran dari sumber-sumber pencemaran yang mengalir masuk ke dalam sistem tasik (terutama airsisa dari kolam pengoksidaan) akan dikawal untuk mengelakkan berlakunya pencemaran. Dalam kajian yang dilakukan sampel air dari sungai dan aliran keluar (outlet) kolam pengoksidaan diambil. Beberapa parameter diuji untuk mengetahui tahap pencemaran airsisa kolam pengoksidaan dan sungai tersebut. Hasil analisis, didapati sistem tanah bencah di kawasan tapak kajian tidak berupaya melakukan proses penyingkiran bahan cemar daripada jasad air. Objektif kajian ialah mencadangkan sistem tanah bencah buatan bagi menggantikan sistem tanah bencah semulajadi untuk mempertingkatkan keupayaan penyingkiran bahan cemar dalam sisttem tersebut. Faktor-faktor seperti keluasan kawasan sistem tanah bencah, kedalaman paras air, masa tahanan, kadar beban hidraulik, kadar beban organik dan spesios tumbuhan yang mempunyai keupayaan penyingkiran bahan cemar serta sesuai hidup[ dalam kawasan tanah bencah merupakan faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam rekabentuk untukmemperolehi kecekapan sistem tanah bencah yang optimum.
|