Kajian rangkaian pengawasan kualiti air bumi di Kelantan Utara (Daerah Kota Bharu, Bachok dan Tumpat) /

Kajian rangkaian pengawasan kualiti air bumi di Kelantan Utara bertujuan untuk mengahasilkan satu rangkaian kualiti air yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh piawaian Malaysia (Malaysian National Drinking Water Guidelines; Oct. 1983). Parameter-parameter yang dipertimbangkan di dalam kajian te...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 332876 Hanizam Awang
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1994
Subjects:
Description
Summary:Kajian rangkaian pengawasan kualiti air bumi di Kelantan Utara bertujuan untuk mengahasilkan satu rangkaian kualiti air yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh piawaian Malaysia (Malaysian National Drinking Water Guidelines; Oct. 1983). Parameter-parameter yang dipertimbangkan di dalam kajian terdairi daripada parameter fizikal dan bukan organik yang merangkumi kekeruhan, pH, suhu, DO, COD, kemasinan dan unsur logam seperti kuprum(Cu), zink(Zn), nikel(Ni), ferum(fe), kadmium(Cd) dan Plumbum(Pb). Lokasi kajian terdiri dari tiga daerah iaitu daerah Kota Bharu, bachok dan Tumpat dimana tumpuan diberikan kepada logi rawatan, telaga pengawasan JKR dan telaga kampung. penilaian dan perbandingan juga dilakukan terhadap kualiti air bekalan dari data yang diambil oleh Jabatan Bekalan Air, Kementerian Kesihatan, Jabatan kajibuni, Sepakat Setia Perunding Sdn.Bhd., Syed Muhammad Hooi dan Binnie Sdn. Bhd. dan kajian IRPA (FKA - UTM). Berdasarkan kajian yang dilakukan, kualiti bekalan air bumi masih lagi di tahap yang kurang memuaskan memandangkan terdapat sesetengah daripada parameter kimia yang diuji tidak memebuhi kriteria yang ditetapkan (terutama bagi parameter ferum).