Photoelasticity /

Salut fotoelastik merupakan satu kaedah ujikaji yang digunakan untuk menentukan keterikan permukaan pada elemen struktur. Kaedah ini mempunyai banyak kebaikan jika dibandingkan dengan kaedah-kaedah ujikaji yang lain. Ia memberi data secara keseluruhan dan membolehkan penyelidik memerhati agihan tabu...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 273353 Tang, Sew Ping
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1994
Subjects:
Description
Summary:Salut fotoelastik merupakan satu kaedah ujikaji yang digunakan untuk menentukan keterikan permukaan pada elemen struktur. Kaedah ini mempunyai banyak kebaikan jika dibandingkan dengan kaedah-kaedah ujikaji yang lain. Ia memberi data secara keseluruhan dan membolehkan penyelidik memerhati agihan taburan keterikan permukaan yang lengkap pada struktur. Kaedah ini adalah tanpa musnah dan salut fotoelastik boleh digunakan secara terus pada contoh dasar dan model. Matlamat utama kajian ini adalah untuk membandingkan keputusan-keputusan tegasan dan keterikan yangdiperolehi dari tekniksalut fotoelastik dengan kaedah ujikajilain, iaitu teknik tolok keterikan. Kedua-dua keputusan ujikaji ini kemudian dibandingkan dengan nilai-nilai teori. Matlamat kedua adalah untuk emramalkan corak keretakan pada satu elemen struktur yang dibebankan. Dua jenis salut fotoelastik telah digunakan; iaitu PL-1 Cairan Plastik dan PS-*A Kepingan Rata. Kedua -dua jenis salut tersebut dilekatkan pada model. Model tersebut kemudiannya dibebankan sehingga gagal. Semasa beban dikenakan, penunjuk keterikan fotoelastik dan " data logger" tolok keterikan akan merekodkan keterikan yang berlaku. Keputusan-keputusan yang diperolehi daripada kaedah photoelasticity adalah memuaskan jika dibandingkan dengan nilai-nilai teori dan kaedah tolok kekterikan. Juaga, seseorang boleh meramalkan corak keretakan bagi struktur yang dibebani berdasarkan tertib jalur yang diperhatikan melalui polariskop fotoelastik.