Pergerakan mengufuk tompokan minyak di permukaan air sungai /

Pergerakan mengufuk tompokan minyak dipermukaan air haruslah diberi tumpuan yang sewajarnya. Permasalahan ini adalah berpunca dari kesan-kesan tumpahan minyak dan sisa industri yang semakin kerap berlaku. Sehubungan dengan itu, ianya memberi kesan secara langsung terhadap alam sekitar dan kehidupan....

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 334170 Mohd. Razali Ithnin
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1994
Subjects:
Description
Summary:Pergerakan mengufuk tompokan minyak dipermukaan air haruslah diberi tumpuan yang sewajarnya. Permasalahan ini adalah berpunca dari kesan-kesan tumpahan minyak dan sisa industri yang semakin kerap berlaku. Sehubungan dengan itu, ianya memberi kesan secara langsung terhadap alam sekitar dan kehidupan. Di dalam perojek tahun akhir ini, tumpuan kajian hanya berkisar kepada pergerakan mengufuk tompokan minyak di permukaan air sungai. Di mana, perhatian lebih kepada memahami ciri-ciri pergerakan mengufuk, mencari perhubungan diantara pergerakan mengufuk tompokan minyak tersebut dengan bdndalir (air) yang akan digunakan dalam kajian ini dan juga faktor-faktor yang mempengaruhi pergerakan tersebut. Oleh kerana kajian ini hanya merangkumi pergerakan tompokan minyak secara mengufuk sahaja, maka pergerakan berbentuk seperti dibawah telah diperbincangkan: i) Penyibaran (spreading) ii) Penghayutan (advection)iii) Penyerakan (dispersion). Sehubungan dengan itu, kajian di sungai telah dijalankan bagi mendapatkan data-data secara terperinci di mana hasil ujikaji telah dapat membantu menyelesaikan persoalan yang diperbincangan dalam kajian ini. jika ditinjau dari segi keseragaman pergerakan mengufuk tompokan minyak, didapati bahawa pergerakan di sungai adalah tidak teratur kerana mempunyai keadaan pasang surut dan juga kedalaman yang berbeza.