Summary: | Budaya kerja cemerlang bagi seseorang guru pertukangan yang berkualitilazimnya dihubungkaitkan dengan personaliti dan mutu pengajaran. Justeru itu, dengan perkhidmatan yang bercirikan personaliti yang berkualiti imej profesion guru pertukangan akan disanjung tinggi.Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pandangan pengetua, guru dan pelajar tentang ciri-ciri personaliti dan pengajaran yang berkualiti. Kajian inidifokuskan di Sekolah Menengah Vokasional seluruh Negeri Johor dengan menggunakan seramai 287 orang responden yang terdiri daripada 6 orang pengetua, 74 orang guru dan 207 orang pelajar. responden diminta memberikanpandangan ciri-ciri personaliti dan pengajaran seseorang guru pertukangan, sama ada cemerlang atau tidak baik.Hasil kajian menunjukkan pada keseluruhannya, ektiga-tiga responden berpandangan positif terhadap ciri-ciri kemahiran, bertimbang rasa, peramah, adil,tekun, tegas, penyayang, bersifat kepimpinan, berorientasikan pencapaian dan rupa paras kecuali ciri garang dan mendenda.Hasil kajian juga mendapati disamping mempunyai personaliti yang baik gurupertukangan perlu mahir di dalam aspek pengajaran. kemahiran-kemahiran initermasuklah ciri-ciri pengurusan masa, pengurusan disiplin dan tingkahlakupelajar, penyampaian isi pelajaran dan mendapatkan maklum balik pengajaran.Beberapa cadangan juga telah dikemukakan untuk tindakan pihak yang berkenaan untuk meningkatkan lagi imej profesion guru pertukangan. Seterusnya guru pertukangan yang berkualiti berupaya menghadapi pelbagai tuntutan budaya korporat, perkembangan teknologi semasa dan wawasan 2020.
|