Summary: | Kajian ini dibuat adalah untuk menyingkap apakah tanggapan ibu bapa terhadapanak-anak mereka yang bersekolah di Sekolah-Sekolah Vokasional Di NegeriJohor Darul Takzim. Satu ketika dahulu pendidikan vokasional tidak mendapattempat dikalangan ibu bapa, malah masyarakat mengganggapnya sebagai pendidikan yang tidak dapat memberi apa-apa jaminan dimasa hadapan.Kajian ini merupakan satu penyelidikan diskriptif, dengan menyediakan soalan soal selidik untuk dijawab oleh responden. Sampel kajian tertumpu dilimadaerah di seluruh negeri Johor dimana terdapatnya Sekolah-sekolah MenengahVokasional. Ibu bapa yang mengambil bahagian dalam kajian ini terdiri darigulungan masyarakat yang berbagai, baik dari segi sosio ekonomi maupun tarafpendidikan mereka.Keputusan kajian ini menunjukkan ibu bapa mempunyai tanggapan yang positifterhadap pendidikan vokasional dengan keputusan menunjukkan 85.2%. Di samping itu juga, keputusan kajian menunjukkan bahawa ibu bapa mempunyai pengetahuan yang baik terhadap latar belakang pendidikan ini, dengan 87.7% respondenpositif. Adalah diharapkan dengan hasil kajian dapat dibuktikan kepadamasyarakat bahawa pendidikan ini mempunyai nilai dipandang tinggi oleh masyarakat.
|