Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meninjau beberapa aspek penyediaan kelengkapan Bengkel kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah. Tumpuan kajian ini adalah untuk melihat dari segi kemudahan bengkel dan lokasi, kesesuaian ruang, peneydiaan kelengkapan, aspek pengurusan dan penyelenggraan serta keselamatan. Sampel kajian ini melibatkan seramai 187 orang pelajar tingkatan empat yang merupakan kumpulan pertama mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di epringkat sekolah menengah rendah. Kajian ini dijalankan di lima buah sekolah menengah di Seremban. kaedah soal selidik digunakan bagi mendapatkan maklumbalas dari responden. Daripada analisis kajian ini menunjukkan majoriti responden menyokong bahawa kedudukan atau lokasinya tidak sesuai, ruang yang adaterhad, kelengkapan peralatan tidak emcukupi dan aspek pengurusan dan penyelenggaraan pralatan serta susunatur mesin dalam bengkel kurang baik. Keseluruhannya hasil kajian ini dapat menggambarkan bahawa aspek penyediaan kelengkapan Bangkel kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah masih belum begitu memuaskan. Kesimpulannya, untuk mengatasi dan memperbaiki masalah serta kelemahan ini telah dicadangkan kepada pihak yang berkenaan membina atau menyediakan bengkel khas, menambahkan kelengkapan peralatan, menyediakan pembantu bengkel dan memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar berhubung dengan keselamatan.
|