Tanggungjawab guru kemahiran hidup dalam pengendalian bengkel untuk mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran : satu tinjauan /
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejauh manakah tanggungjawab guru Kemahiran Hidup dalam pengendalian bengkel di sekolah menengah untuk mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dipusatkan ke sekolah menengah biasa kerana mata pelajaran Kemahiran Hidup hanya diajar kepada...
Yazar: | |
---|---|
Materyal Türü: | |
Baskı/Yayın Bilgisi: |
Sekudai : UTM,
1994
|
Konular: |
Özet: | Kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejauh manakah tanggungjawab guru Kemahiran Hidup dalam pengendalian bengkel di sekolah menengah untuk mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dipusatkan ke sekolah menengah biasa kerana mata pelajaran Kemahiran Hidup hanya diajar kepada murid-murid tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Mata pelajaran ini telah dilaksanakan pada tahun 1989. Tiga aspek penting telah dipilih untuk mengenalpasti penyelenggaraan bengkel. Aspek-aspek tersebut adalah tanggungjawab guru di bengkel, organisasi dan kaedah penyelenggaraan. Responden adalah terdiri daripada guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di enam buah sekolah menengah dan pelajar yang sedang mengikuti kursus Kemahiran Hidup di UTM. Seramai 100 responden telah disoal selidik dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen yang mengandungi bahagian-bahagian biodata guru dan kenyataan tertentu yang telah dibentuk dan diedarkan kepada responden. Dapatan dan pandangan responden kajian terhadap setiap kenyataan dianalisis bagi mendapatkan keputusan kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kesemua item yang dikemukakan mempengaruhi responden dalam penyelenggaraan bengkel. Guru mempunyai beban tugas dan bertanggungjawab dalam penyenggaraan kelengkapan serta peralatan di bengkel. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penyenggaraan dan pengurusan yang dilaksanakan di bengkel adalah berkesan tetapi masih perlu diperbaiki. Antara faktor utama yang mempengaruhi keberkesanan pengurusan dan penyelenggaraan alatan adalah kekurangan dari segi pengetahuan dan latihan pengurusan yang diperolehi oleh guru-guru. |
---|