Summary: | Persaingan secara global merupakan satu teren baru yang akan dihadapi oleh semua pengeluar komputer dalam tahun 1990an. Sudah tibanya masa untuk pihak pengurusan mengkaji dan merancang semula strategi pengurusan sumber manusia terutamanya strategi latihan dan motivsi yang dipraktiskan selama ini selaras dengan perubahan mendadak yang ebrlaku di persekitaran luaran syarikat. projek ini telah mengkaji dan meneliti perlaksanaan strategi- strategi latihan dan motivasi dan IBM WTC Malaysia dalam usaha IBM meningkatkan prestasi dan daya bersaing pekerja-pekerjanya. Seterusnya, keberkesanan perlaksanaan strategi telah dijalankan berdasarkan pendapat dan pendirian yang pelbagai daripada pihak pekerja-pekerja, pelanggan-pelanggan serta barisan pengurusan atasan IBM. Akhirnya, hasil daripada pengukuran keberkesanan tersebut, beberapa isu atau cabaran telah dikenalpasti untuk perhatian pihak pengurusan IBM dancadangan penyelesaian juga telah dikemukakan untuk tindakan selanjutnya.
|