Analisis terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pusat pengajian tinggi : satu kajian di Johor Bahru /

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pusat pengajian tinggi. Kajian dibuat berdasarkan masalah-masalah yang wujud iaitu kurangnya aktiviti pemasaran yang dijalankan oleh pusat-pusat pengajian tinggi dan juga wujudnya ketidakfahaman pelajar tentang matlam...

Full beskrivning

Bibliografiska uppgifter
Huvudupphovsman: 361797 Amiruddin Abd. Aziz
Materialtyp:
Publicerad: Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1994
Ämnen:
Beskrivning
Sammanfattning:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pusat pengajian tinggi. Kajian dibuat berdasarkan masalah-masalah yang wujud iaitu kurangnya aktiviti pemasaran yang dijalankan oleh pusat-pusat pengajian tinggi dan juga wujudnya ketidakfahaman pelajar tentang matlamat dan objektifnya sebagai pelajar akibat dari maklumat yang terhad dari segi faedah yang disediakan serta tahap keupayaan pusat pengajian tinggi didalam membinbing serta menyampaikan maklumat yang sebenarnya diperlukan oleh seorang pelajar. Kajian dibuat untuk melihat aktiviti pemasaran yang dilaksanakan oleh pusat-pusat pengajian tinggi, faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pusat pengajian tinggi dan keupayaan pusat-pusat pengajian tinggi didalam emenuhi jangkaan dan kehendak pelajar. Hasil dari kajian menunjukkan bahawa aktiviti pemasaran yang dijalankan hanya pengiklanan dan kempen bagi pusat pengajian tinggi kerajaan dan hanya pengiklanan dan kempen bagi pusat pengajian tinggi swasta. Ini menunjukkan bahawa aspek pemasaran kurang dijalankan oleh institusi pengajian tinggi di Malaysia. Keputusan dari analisis terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pusat pengajian tinggi menunjukkan ibu bapa dan kawan merupakan diantara faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pusat-pusat pengajian tinggi tidak dapat memebuhi jabgkaan dan kehendak pelajar didalam menyediakan kemudahan-kemudahan yang menjadi keperluan pelajar.