Hubungan antara kecekapan pengajar dengan tahap kefahaman peserta-peserta untuk program latihan "the 7 habits of highly effective people" di Petronas Management Training Sdn. Bhd., Bangi./

Memandangkan kepentingan latihan dan pembangunan yang semakin kritikal, banyak organisasi di Malaysia telah melaburkan berjuta-juta ringgit untuk membangunkan kakitangan-kakitangan masing-masing. Justeru itu, usaha-usaha untuk mengkaji program-program latihan secara mendalam demi memastikan keberkes...

ver descrição completa

Detalhes bibliográficos
Autor principal: 208941 Yap, Ming Hui
Formato:
Publicado em: Skudai : UTM, 1994
Assuntos:
Descrição
Resumo:Memandangkan kepentingan latihan dan pembangunan yang semakin kritikal, banyak organisasi di Malaysia telah melaburkan berjuta-juta ringgit untuk membangunkan kakitangan-kakitangan masing-masing. Justeru itu, usaha-usaha untuk mengkaji program-program latihan secara mendalam demi memastikan keberkesanannya seharusnya dilaksanakan. Kajian ini dilaksanakan ke atas sebuah program latihan yang dikendalikan di sebuah pusat latihan. Matlamatnya adalah untuk melihat hubungan antara tahap kecekapan pengajar dengan tahap kefahaman peserta-peserta program tersebut. Kaedah peratusan digunakan untuk menganalisa maklumat mengenai tahap kecekapan pengajar dan tahap kefahaman peserta. Daripada hasil kajian didapati tahap kecekapan pengajar yang mengendalikan program latihan adalah berbeza-beza. Tahap kefahaman yang dicapai oleh peserta-peserta selepas mengikuti program latihan tersebut pula adalah amat menggalakkan. Hasil kajian ini juga menunjukkan tahap kefahaman peserta-peserta program tersebut adalah tidak begitu bergantung tahap kecekapan pengajar. Pusat latihan disarankan supaya memperbaiki kecekapan sesetengah pengajar dan memastikan peranan pengajar program tesebut lebih menumpu kepada menolong pesertapeserta menterjemahkan apa yang dipelajari ke dalam kehidupan sebenar.