Kajian pembangunan usahawan bumiputera melalui skim pembangunan pembekal : tinjauan dalam industri otomotif /

Pembangunan usahawan Bumiputera melalui Skim Pembangunan Pembekal adalah merupakan satu bentuk sistem rantaian melalui ikatan sub kontrak di antara Industri Besar dengan Industri Kecil dan Sederhana (K+IKS). Bagi kajian ini, ia melibatkan syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad dengan pihak pem...

وصف كامل

التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: 362037 Mohd. Hamran Mohamad
التنسيق:
منشور في: Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1994
الموضوعات:
الوصف
الملخص:Pembangunan usahawan Bumiputera melalui Skim Pembangunan Pembekal adalah merupakan satu bentuk sistem rantaian melalui ikatan sub kontrak di antara Industri Besar dengan Industri Kecil dan Sederhana (K+IKS). Bagi kajian ini, ia melibatkan syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad dengan pihak pembekal Bumiputeranya dalam Industri Otomotif. Walaubagaimanapun sejauh manakah keberkesanan pembangunan ini melalui perlaksanaan program-program yang ada. Justeru itu, kajian dijalankan terhadap kedua-dua industri tadi bagi mengenalpasti bentuk program-program yang diamalkan dan masalah-masalah perlaksanaannya disamping membuat analisis pencapaian atau prestasi syarikat-syarikat responden (pembekal) ayng terlibat. Hasil kajian ini menjelaskan bahawa program-program yang diamalkan sekarang dibawah skim ini ialah seperti penubuhan persatuan pembekal PROTON, program pemadanan dan program Skim GRANT. Masalah-masalah yang telah dikenalpasti pula semasa perlaksanaan skim ini ialah seperti kelewatan dan ketidaktepatan ujian mutu, Bumiputera yang tidak inovatif dan perkembangan pasaran yang terhad. Analisis prestasi pembekal responden menunjukkan wujudnya perkembangan yang sihat terutamanya dari segi pelaburan terhadap mesin dan teknologi tinggi, jualan tahunan serta pertambahan unit atau jabatan baru dalam syarikat. Secara keseluruhanya, kajian ini membuktikanSkim Pembangunan Pembekal merupakan satu sistem yang boleh membangunkan usahawan Bumiputera dengan berkesan.