Perancangan pemasaran pengangkutan bas awam di Kuala Lumpur /

Di Kuala Lumpur nisbah penggunaan pengangkutan awam berbanding dengan kenderaan persendirian adalah 30 : 70 pada tahun 1985. Kadar pergantungan pada pengangkutan awam yang rendah ini adalah disebabkan oleh tingkat milikan kereta yang tinggi dan mutu perkhidmatan bas yang rendah. Di antara faktur-fak...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 447220 Teoh, Tian In
Format:
Published: Kuala Lumpur : UTM, 1986
Subjects:
Description
Summary:Di Kuala Lumpur nisbah penggunaan pengangkutan awam berbanding dengan kenderaan persendirian adalah 30 : 70 pada tahun 1985. Kadar pergantungan pada pengangkutan awam yang rendah ini adalah disebabkan oleh tingkat milikan kereta yang tinggi dan mutu perkhidmatan bas yang rendah. Di antara faktur-faktur yang menyebabkan pengangkutan bas tidak menarik adalah tiadanya penekan yang diberikan kepada faktur pemasaran. Selalunya para pengusaha gagal untuk menentukan peranan pemasaran dapat menjayakan sistem perkhidmatan yang disediakan. Pada masa yang lepas, penekanan hanya diberikan kepada penyelesaian masalah perkhidmatan bas dengan pendekatan teknologi. Mereka menganggap bahawa pertambahan bilangan penumpang bas dapat di capai hanya dengan menambahkan bilangan bas atau membina infrastruktur moden. Pada dasarnya, perkhidmatan bas adalah satu industri yang kompetitif dan 'people oriented' Oleh itu perkhidmatan bas a yang disediakan haruslah memenuhi kehendak dan keperluan pengguna dan dapat di anggap sebagai satu alternatif mode pengangkutan yang menarik bagi menggantikan kereta persendirian. Penggunaan konsep pemasaran dapat menganlpasti dan membentuk perkhidmatan bas yang diperlukan oleh pengguna. Program-program komunikasi yang tepat perlulah digunakan untuk memberitahu faedah-faedah dan cara-cara menggunakan perkhidmatan tersebut kepada orang ramai. Pengetahuan ini akan dapat menarik lebih ramai pengguna dan mengekalkan pasaran perkhidmatan pengangkutan bas.