Pengurusan projek perumahan : pembiayaan dan pengawalan kos di peringkat pembinaan /

Pengurusan projek merupakan bidang baru diperkenalkan dalam sektor binaan. Bidang ini meliputi skop yang luas bermula daripada peringkat perolehan tapak pembangunan, kajian kemungkinan projek hinggalah peringkat penyiapan. Walau bagaimanapun, skop kajian ini hanya memberi tumpuan dari aspek pembiaya...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 329077 Ishamuddin Ahmad
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1990
Subjects:
Description
Summary:Pengurusan projek merupakan bidang baru diperkenalkan dalam sektor binaan. Bidang ini meliputi skop yang luas bermula daripada peringkat perolehan tapak pembangunan, kajian kemungkinan projek hinggalah peringkat penyiapan. Walau bagaimanapun, skop kajian ini hanya memberi tumpuan dari aspek pembiayaan dan pengawalan kos di peringkat pembinaan. Antara perkara yang dikaji termasuklah : a. Rasional pengurusan projek diperkenalkan dalam sektor binaan. b. Kepentingan pengurusan projek dalam industri binaan dan konsep asas sistem pengawalan projek. c. Jenis-jenis pembiayaan yang ditawarkan oleh institusi kewangan dalam pembangunan harta tanah serta syarat-syarat dan prosedur yang perlu dipatuhi. d. Sistem-sistem pengawalan kos dan juga teknik-teknik yang sesuai dipraktiskan khususnya di peringkat pembinaan. Bagi melengkapkan kajian, projek perumahan Bandar Baru UDA, Johor Bahru, telah dijadikan sebagai kajian kes. Analisis dibuat daripada dua sudut iaitu sumber pembiayaan projek dan sistem pengawalan kos yang dipraktiskan dalam melaksanakan projek berkenaan. Di akhir penulisan, beberapa cadangan dikemukakan untuk memperbaiki kelemahan yang wujud bagi mengadakan satu sistem pengawalan kos yang lebih cekap dan berkesan.