Masalah kekosongan di Kompleks PKNS, Shah Alam /

Kekosongan merupakan salah satu masalah utama di dalam pembangunan harta tanah. Ia lebih mencerminkan di dalam pembangunan harta tanah perdagangan daripada harta tanah kediaman mahupun perindustrian. Masalah kekosongan mengurangkan kemungkinan penerimaan pendapatan (pulangan) yang lebih dari sesuatu...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 216801 Syed Nasiruddin Syed Zainol
Format:
Published: Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1989
Subjects:
Description
Summary:Kekosongan merupakan salah satu masalah utama di dalam pembangunan harta tanah. Ia lebih mencerminkan di dalam pembangunan harta tanah perdagangan daripada harta tanah kediaman mahupun perindustrian. Masalah kekosongan mengurangkan kemungkinan penerimaan pendapatan (pulangan) yang lebih dari sesuatu pelaburan harta tanah, disebabkan oleh ketidakhasilan pendapatan dari ruang-ruang yang tidak disewakan. Kajian ini merangkumi pembangunan harta tanah perdagangan di Shah Alam, Selangor iaitu, dengan lebih khusus lagi, Kompleks PKNS, Shah Alam. Kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang mengakibatkan masalah kekosongan serta cuba mengatasi masalah tersebut menerusi cadangan-cadangan penyelesaian berasaskan pendekatan pemasaran dan pengurusan. Untuk tujuan ini, pelbagai data telah dikutip menerusi temuramah dan soalselidik yang dibuat ke atas pihak pengurusan, penyewa dan juga para pengunjung Kompleks PKNS. Data-data tersebut telah kemudiannya dianalisiskan dan cadangan serta penemuan telah didasarkan kepada kekerapan kejadian dari analisis yang dilakukan. Penemuan yang diperolehi menunjukkan bahawa Kompleks PKNS menghadapi masalah kekosongan yang agak ketara bagi ruang pejabat berbanding dengan ruang perniagaan yang masih tidak disewakan. Akhirnya, diharapkan agar kajian ini menjadi sebagai panduan untuk kajian-kajian yang seterusnya mengenai masalah kekosongan memandangkan kajian ini hanya mengemukakan penyelesaian dari aspek pemasaran disamping aspek tertentu pengurusan Kompleks PKNS oleh pihak pengurusan Kompleks PKNS (Bahagian Pentadbiran, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor).