Menentukan jumlah isipadu link bagi rangkaian jalan yang dibebankan /

Banyak yang telah didengar dan dibaca dari media-media massa tentang kesesakan dan ketidakselesaan yang sering berlaku di jalanraya-jalanraya terutama sekali bandar-bandar besar diseluruh dunia. Berbagai kajian dan perancangan telah dibuat oleh para perancang-perancang jalanraya dan pengangkutan bag...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 376384 Mohamad Sanusi A. Rahman
Format:
Published: Kuala Lumpur : UTM, 1987
Subjects:
Description
Summary:Banyak yang telah didengar dan dibaca dari media-media massa tentang kesesakan dan ketidakselesaan yang sering berlaku di jalanraya-jalanraya terutama sekali bandar-bandar besar diseluruh dunia. Berbagai kajian dan perancangan telah dibuat oleh para perancang-perancang jalanraya dan pengangkutan bagi mengatasi masalah tersebut. Salah satu dari kaedah yang selalu digunakan untuk meramalkan keadaan tersebut adalah dengan cara pembahagian lalulintas. Kaedah ini adalah bertujuan membangunkan satu teknik bagi mengagihkan kenderaan dan trip perjalanan antara origin dan destinasi kepada setiap link dalam sesebuah rangkaian jalanraya. Setiap link dalam rangkaian itu dibebankan dengan kenderaan yang bergerak dari pusat-pusat zon yang telah ditetapkan. Pergerakan lalulintas ini akan memberikan bilangan kenderaan yang melalui setiap link. Dari sini dapatlah diketahui dan diramalkan link mana yang akan menanggung kenderaan yang berlebihan. Dalam menganalisa pembahagian lalulintas ini, data yang diperlukan pokok laluan minimum dan juga metrik origin dan destinasi. Salah satu kaedah pembahagian lalulintas yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah semua atau tidak langsung. Bagi mempercepatkan satu-satu pengiraan dan penganalisaan, penggunaan berkomputer adalah dicadangkan. dari hasil kajian ini dapatlah diketahui dan diramalkan link mana yang akan menanggung kenderaan yang berlebihan. Ini dilakukan dengan cara membandingkan isipadu lalulintas dengan kapasiti sesebuah jalan. Ketepuan sesebuah link akan terjadi bila isipadu lalulintas mencapai hampir 90 peratus nilai kapasiti jalan tersebut. Apabila mengetahui bahawa sesebuah jalan atau link telah tepu, dapatlah dibuat cadangan-cadangan bagi membantu masalah kesesakan yang timbul akibat ketepuan jalan tersebut, samada memperbesarkan jalan atau mengadakan sekatan-sekatan yang difikirkan perlu oleh pihak-pihak berkuasa tempatan.