Penyekatgerakan bakteria untuk penghasilan lipase /

Tiga jenis polimer matrik (alginat, PHEMA dan PU) digunakan untuk kajian sekatgerak Pseudomonas sp. bagi penghasilan lipase. Kestabilan manik alginat (polimer asli) didapati begantung kepada beberapa faktor seperti kehadiran ion fosfat, masa penggelan, agen penggelan, kewujudan gelembung udara, suhu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: 566648 Zainoha Zakaria, Universiti Pertanian Malaysia
Format:
Language:may
Published: Serdang : Universiti Pertanian Malaysia, 1993
Subjects:
Description
Summary:Tiga jenis polimer matrik (alginat, PHEMA dan PU) digunakan untuk kajian sekatgerak Pseudomonas sp. bagi penghasilan lipase. Kestabilan manik alginat (polimer asli) didapati begantung kepada beberapa faktor seperti kehadiran ion fosfat, masa penggelan, agen penggelan, kewujudan gelembung udara, suhu pensterilan dan cara penyediaan larutan alginat. Penghasilan lipase adalah maksimum (6.0 U/mL) apabila 1.5g bakteria yang disekatgerak (20% kepekatan sel, b/i) dalam manik alginat (3% (b/i), 4mm garis pusat) dikulturkan dalam 50 mL media penghasilan lipase tanpa fosfat pada kadar goncangan 200ppm. Pengudaraan boleh meningkatan penghasilan lipase tetapi ia jamuga mempercepatkan pemecahan manik tersebut. Masa sepenuh hayat bakteria sekatgerak alginat ialah 24 hari (8 kitaran dalam sistem kelompok, 72 jam satu kitaran). Kebocoran bakteria adalah tinggi pada 24 jam pertama. PHEMA (polimer sintetik), dihasilkan melalui proses sinaran gama pada suhu rendah (-78'C. Kajian awal menunjukkan bakteria mengalami kesan ketoksikan monomer HEMA yang tinggi. Oleh itu bakteria disekatgerak secara penjerapan ke atas polimer yang telah terbentuk.Penghasilan lipase adalah maksimum (7.0 U/mL) apabila 1.0g bakteria sekatgerak-HEMA 920% kepekatan monomer (b/i), kiub berukuran 4x4x2mm) dikulturakan di dalam 50 mL media penghasilan lipase pada kadar goncangan 200 ppm. Masa separuh hayat bakteria sekatgerak PHEMA ialah selama 20 hari (10 kitaran dalam sistem kelompok, 48 jam satu kitaran). Kebocoran bakteria berkurangan berbanding dengan alginat. Busa PU3 (polimer sintetik), terbentuk dengan mudah di dalam keadaan berakuas. Penghasilan lipase adalah maksimum (8.2 U/ml) apabila 1.0g bakteria sekatgerak PU3 (0.6g sel disekatgerak dalam 0.5g PU3) yang berbentuk kiub berukuran 4x4x3mm dikulturkan di dalam 50mL media penghasilan lipase pada kadar goncangan 200ppm. Masa separuh hayat bakteria sekatgerak PU ialah selama 30 hari (10 kitaran dalam sistem kelompok, 72 jam satu kitaran). Kebocoran bakteria berkurangan berbanding dengan alginat tetapi sama dengan PHEMA.