总结: | Konkrit praletakan batu baur dan diturap dibuat dengan terlebih dahulu meletakkann batu baur kasar yang bersih ke dalam acuan. Turap yang terdiri daripada air, simen, pasir dan bahan tambah seperti agen pencairan dan pozzolana kemudiannya dipamkan ke ruangan kosong di antara batu baurdengan halaju dan tekanan yang tinggi. Dalam projek tahunakhir ini, satu kajian literatur tentang apakah konkrit praletakan batu baur dan diturap, sifat-sifatnya, bahan binaan asas serta kaedah penggunaannya akan dibincangkan. Pada semester kedua, satu kajian kes telah dibuat, dimana kaedah penyediaan konkrit ini digunakan dalam penguatan struktur tiang konkrit. Kaedah penyediaan konkrit ini amat sesuai digunakan terutamanya bagi pembinaan struktur dibawah air misalnya asas jambatan, pemulihan struktur konkrit dan dinding bata, perisai bagi janakuasa nuklear dan kerja kecantikan seni bina. Kaedah ini juga sesuai untuk struktur konkrit di mana penuangan konkrit dengan kaedah biasa adalah sukar dilakukan misalnya terdapat banyak tetulang yang tersusun rapat antara satu sama lain. Kaedah konkrit praletakan batu baur dan diturap ini telah digunakan lebih 100 tahun di United Kingdom dan negara-negara Barat yang lain. Walaupun begitu, penggunaannya di Malaysia masih tidak meluas kecuali dalam kerja pembaikpulihan struktur konkrit. Ini adalah kerana kaedah penuangan konkritini memerlukan pakar yang mahir dan berpengalaman. Oleh itu adalah menjadi objektif projek tahun akhir ini untuk memberi satu gambaran asas serta mencadangkan topik penyelidikan untuk projek seterusnya pada masa hadapan.
|