Summary: | Tindakbalas Penjujukan Berkelompok (SBR) adalah proses kelompok yang bergantung kepada ulangan kitaran fasa reaktor. SBR membolehkan masa tindakbalas dan penyenggaraan pepejal enapcemar dilakukan dalam satu tangki tanpa memerlukan tangki yang berasingan. Setiap operaasi SBR mempunyai 5 fasa iaitu : MASUKAN, TINDAKBALAS, PEMENDAPAN, PEMINDAHAN dan MELAHU, SBR membolehkan pengawalan masa tindakbalas dan penyenggaraan pepejal enapcemar dilakukan dlam satu tangki tanpa memerlukan tangki yang berasingan. Dengan berpandukan kepada kaedah sintetaik, SBR bertindak sebagai reaktor cucuh aliran dan mempunyai kelebihan yang sama terhadap sistem aliran berterusan. Sifat ini mmebolehkannya lebih sesuai dalam menghadapi efluen yang mempunyai variasi isipadu dan kekuatan yang tinggi. Ujian ke atas SBR secara amnya, menggambarkan kestabilan dibawah keadaan beban enapcemar dan alam sekitar. Ia adalah alat yang berkesan untuk bio-oksida kumbahan yang tinggi kekuatan bahan organiknya. Keputusan awal menunjukkan terdapat peratus penyingkiran yang kecil. peratus penyingkiran akan bertambah sekiranya proses dijalankan setiap ahri. peratus penyingkiran BOD adalah diantara 6.25%-82.35% dan peratus penyingkiran COD diantara 53.13% - 73.91%. peratus penyingkiran SS adalah diantara 37.5% -57%. peratus penyingkiran jumlah kolifor adalah diantara 47.9% -70% dan peratus penyingkiran fecal kolifom antara 30.4% - 56%. Peratus penyingkiran minyak dan giris adalah adalah diantara 14.1% - 28.2%. Secara keseluruhan menunjukkan bahawa sistem SBR telah berjaya dan mencapai objektif kajian.
|