Sistem pengurusan lalu lintas dalam kawasan bandar (Sandakan) /

Sistem pengurusan lalu lintas dalam kawasan bandar seharusnya diberikan perhatian serius agar maklamat dan peranan yabg diberikan oleh agensi kerajaan di dalam pengurusan lalu lintas mencapai objektifnya dalam mengatasi masalah kesesakan di Bandar Seremban. Strategi perancangan lalu lintas adalah pe...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 433552 Tang, Yang Ming
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1994
Subjects:
Description
Summary:Sistem pengurusan lalu lintas dalam kawasan bandar seharusnya diberikan perhatian serius agar maklamat dan peranan yabg diberikan oleh agensi kerajaan di dalam pengurusan lalu lintas mencapai objektifnya dalam mengatasi masalah kesesakan di Bandar Seremban. Strategi perancangan lalu lintas adalah penting dalam mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas kerana ianya merupakan suasana lumrah dalam kawasan bandar terutamanya di bandar yang kewujudannya tanpa dirancang dengan teliti. Terdapat pelbagai teknik yang digunakan untuk mengelakkan kesesakan. Antara teknik yang digunakan dalam penyelesaian ialah pendekatan sosial, pendekatan sosio-ekonomi, pendekatan sosio teknikal dan pendekatan teknikal. Setelah kita meninjau berbagai pengurusan lalu lintas, kita akan membuat penilaian dengan menggunakan penilaian sebelumdan selepas sesuatu sekim dilaksanakan. Iaitu dengan cara pengambilan dan pengumpulan data mengikut skop dan keadaan projek pembangunan untuk penilaian pengurusan lalu lintas. Perancangan sistem pengangkutan awam merupakan bentuk pengurusan lalu lintas yang dapat mengurangkan kemalangan dan kesesakan dengan berkesan dalam mengurangkan kenderaan persendirian di dalam kawasan, meningkatkan kualiti alam sekitar dan dapat kesekapan dapat dipertingkatkan dengan adanya polis trafik yang mahir. Sebagai kesimpulannya dapatlah disimpulkan bahawa: Pengurusan lalu lintas adalah merupakan suatu proses yang berterusan dan perlu ditingkatkan senantiasa agar peningkatan yang berterusan dengan adanya organisasi strategi dan kawalan serta sistem komputer pusat yang canggih.