Kajian kemalangan jalan raya dari aspek kejuruteraan : kajian kes : Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak /

Laporan perangkaan kemalangan jalan raya terbitan Polis Diraja Ma1aysia telah menunjukkan peningkatan secara menyeluruh sejajar dengan penambahan bilangan kenderaan berdaftar. Terdapat banyak punca kemalangan jalan raya, seperti pergabungan antara kesilapan pemandu, kelemahan rekabentuk jalan, keada...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 433988 Choong, Bak Chu
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1995
Subjects:
Description
Summary:Laporan perangkaan kemalangan jalan raya terbitan Polis Diraja Ma1aysia telah menunjukkan peningkatan secara menyeluruh sejajar dengan penambahan bilangan kenderaan berdaftar. Terdapat banyak punca kemalangan jalan raya, seperti pergabungan antara kesilapan pemandu, kelemahan rekabentuk jalan, keadaan cuaca yang buruk dan kerosakan kenderaan. Namun kesemua punca ini boleh dirumuskan kepada tiga faktor yang utama iaitu faktor kemanusiaan, faktor kenderaan dan faktor alam sekitar jalan raya. Objektif projek ini adalah untuk menganalisis faktor-faktor kemalangan jalan raya dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan untuk mengurangkan kadar kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Kajian hanya ditumpukan kepada aspek kejuruteraan kerana ia lebih mempengaruhi kelakuan manusia berbanding dengan pendidikan dan penguatkuasaan undang-undang. Tambahan pula, aspek kejuruteraan memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan kemalangan di mana pengguna jalan gagal untuk menyesuaikan diri dengan keadaan alam sekitar. Peninjauan tapak dan ujian kelajuan setempat telah dilakukan di stesyen Km. 40.5, Km. 31.4, Km, 36.3 dan Km. 32.3, iaitu kawasan hitam kemalangan di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Keadaan geometri jalan, tanda jalan, keadaan permukaan jalan, papan tanda dan aspek kejuruteraan yang lain telah ditinjau dengan terperinci. Analisis statistik untuk ujian kelajuan setempat juga dilakukan berdasarkan data-data kelajuan yang dicerap. Hasil analisis mendapati faktor-faktor utama kemalangan di lebuhraya itu secara umumnya adalah memandu melebihi had kelajuan, ketiadaan median jalan, lorong lalulintas dan bahu jalan yang sempit, kekurangan papan tanda dan sebagainya. Seterusnya, cadangan-cadangan pembaikan telah dikemukakan demi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.