Summary: | Makmal Kejuruteraan Alam Sekitar Universiti Teknologi Malaysia merupakan tempat dimana ujikaji-ujikaji dilakukan bagi mendapatkan parameter-parameter yangboleh menggambarkan tahap pencemaran alam sekeliling khususnya air dan udara. Makmal inidahulunya lebih banyak digunakan oleh pelajar-pelajar tetapi kini ia semakin kerap digunakan bagi tujuan kerja penyelidikan dan eprundingan. Dengan bertambahnya jumlah bilangan pengguna makmal maka semakin bertambahlah jumlah penghasilan sisa cecair dan pepejal yang perlu diuruskan dengan teratur. Bagi mendapatlam sistem pengurusan yang teratur segala maklumat-maklumat seperti kuantiti, jenis-jenis sisa dan segala potensi-potensi bahaya dariapda sisas yang dihasilkan akan dikenalpasti. Pengurusan yang sediaada berserta masalah-masalah dianalisa disamping mengkaji sistem pengurusan di makmal-maklmal lain seperti di Jabatan Kimia Fakulti Sains UTM, Jabatan Kimia Negeri Johor dan Hospital Sultanah Aminah. Maklumat-maklumat yang berkaitan mengenainya juga diperolehi daripada lain-lain jabatan kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar cawangan Negeri Johor. Berdasarkan daripada maklumat-maklumat yang diperolehi, sistem pengurusan sisa-sisa cecair dan pepejal yang berkesan akan dicadangkan untuk Makmal Kejuruteraan Alam Sekitar, Universiti Teknologi Malaysia.
|