Summary: | Tangki septik fiberglass adalah salah satu jenis tangki septik yang termaju bagi merawat air sisa domestik untuk keselesaan alam sekitar. tangki septik fiberglass ini berupaya merawat air sisa dengan lebih berkesan lagi jika dibandingkan dengan tangki septik biasa. Disamping itu juga kos pengeluarannya adalah rendah dimana binaannya ringas dengan hanya memerlukan bahan gentian kaca dan resin untuk beinaan bahagian tangki manakala sistem penapisnya diperbuat dari bahan polistrin. tangki septik jenis ini dapat merawat air sisa melalui proses pengenapan, penapisan serta tindak balas mikro-organisma di dalam kandungannya dengan lebih berekesan sehinaan mampu menghasilkan kadar effluen yang lebih rendah dan memenuhi syarat Piawaian B, Peraturan Alam Swekeliling (Kumbahan dan effluen Industri) di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar, 1974. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh mana prestasi penggunaantangki septik fiberglass dari segi kualiti effluennya supaya dapat dinilai keberkesanan penggunaannya bagi kegunaan domestik. Disini terdapat dua jenis tangki septik fiberglass yang akan diuji iaitu jenis Anflco dan jenis ZATS (Sistem Rawatan Anaerobik Zamrud) dengan menggunakan parameter-paremetar yangatertentu seperti BOD, COD, SS dan Kandungan Bakteria. Hasil kajian yang didapati telah dibandingkan antara model Anfilco dan ZATS bagi menentukan sistem tangki septik yang manakah yang mampu memberikan kualiti effluen yang lebih baik.
|