Summary: | Objektif utama projek ini adlah untuk mendapatkan hubungan antara sifat kejuruteraan dan mikrostruktur mortar yang mengandungi Sanga Relau Bagas Berbutir(GGBS) sebagai gantian separa simen. Kajian dilakukan dengan menjalani ujikaji-ujikaji makmal ke atas kekuatan mampatan, kebolehtelapan dan termogravimetri. Peratusan penggantian simen dengan GGBS adalah 10%. 20%, 60% dan 80% dan diawet dari sehari ke hari ke 90 dengan 3 jenis suhu pengawetan iaitu 20, 27 (bilik) dan 40'C. kesemua sampel ini diawet dalam 3 jenis suhu yang berasingan. Secara umumnya, keputusan ujikaji menunjukkan bahawa penggunaan 10% GGBS menambahkan kekuatan mampatan mortar, tetapi penggantian dengan peratusan yang lebih tinggi akan mengurangkan kekuatan mampatan. Suhu pengawetan yang tinggi akan memberikan perkembangan kekuatan mampatan mortar pada usia yang awal. Dalam suhu pengawetan yang rendah sebelum 28 hari yang pertama, terdapat penambahan dalam kandungan kalsium hidrosida dalam sampel kawalan. kaead penambahan ini akan bertambah apabila bertambahnya suhu pengawetan tetapi akan berkurang selepas usia 28 hari. Penggunaan 10% atau leiih GGBS akan mengurangkan kadar perkembangan kandungan kalsium hidrosida tetapi perkembangan akan bertambah apabila suhu pengawetan bertambah. Keimpulannya, sampel yang mempunyai kekuatan mampatan yang tinggi adalah disebabkan oleh tindak balas pozzolanik dalam mortar.
|