Summary: | Dalam dunia teknologi yang serba canggih, penggunaan perisian komputer meluas merangkumi bidang CACM (Computer Aided Construction Management) untuk pengurusan projek pembinaan dengan mengintegrasikan tiga aspek penting iaitu masa, sumber dan kos kedalam perancangan yang boleh dilaksanakan. Perisiam CACMbefungsi sebagai alat adalam perancangan, penyeliaan, pengawalan, penyelerasan dan penilaian aktiviti pembinaan dan perlaksanaan. 'PRIMAVERA PROJECT PLANNER 5.0' adalah salah satu perisian CACM. Ianya mengabungkan struktur pecahan kerja, struktur pecahan organisasi, struktur peruntukan belanjawan dan struktur pelbagai sebagai asas sistem maklumat untuk merumuskan persekitaran pembinaan. Dalam kajian ini, ianya melibatkan penyeliaan kepada satu projek sebenar di peringkat pembinaan melalui kutipan data perancangan, kawalan kos dan memasukan data tersebut kedalam projek perisian. Kaedah Gambarajah Duluan, pelarasandan pelicinan sumber dan kaedah nilai perolehan digunakan dalam penyelesaian masalah. Beberapa penghasilan dari perisian seperti gambarajah logik tulin, gambarajah skil masa, carta turus dan laporan yang telah dianalisis digunakan dalam membantu penyeliaan projek. Dengan bantuan perisian ini telah berjaya membantu kontraktor dalam pencapaian objektif pengurusan pembinaan.
|