Summary: | Tesis ini memaparkan keputusan ujikaji makmal ke atas lapan spesimen tukup cerucuk dalam mana kesan susunan tetulang ke atas kekuatan muktamad tukup cerucuk dikaji. Empat tukup cerucuk adalah dari jenis kumpulan tiga cerucuk, mankala empat spesimen lagi adalah dari jenis kumpulan empat cerucuk. Dalan kedua-dua kes cerucuk disusun pada jarak tiga dan lima kali garispusatnya. Tetulang utama disusun daslam bentuk jalur yang menyambungkan cerucuk ke cerucuk atau disusun sekata melintangi lebar tukup. Tetulang utama, pengikat, saiz cerucuk dan kekuatan konkrit yang serupa digunakan dalam semua spesimen. Keputusan ujian menunjukkan bahawa kekuatan muktamad tukup cerucuk di mana tetulangnya disusun dalam ebntuk jalur antara cerucuk, lebih besar dari tukup dengan tetulang yang disusun sekata, tidak kira berapa jarak antara cerucuk uyang digunakan. Ini menunjukkan bahawa bila sesebuah tukup cerucuk direkabentuk menggunakan teori kekuda tetulangnya sepatutnya disusun dalam bentuk jalur yang menyambungkan cerucuk, walaupun BS 8110 mengkehendaki susunan beginai dibuat atau digunakan dalam tukup cerucuk dengan jarak cerucuk yang jauh (jarak yang melebihi tiga kali garispusat cerucuk).
|