Kajian kualiti air sungai : (kajian kes Sungai Kempas II) /

Perkembangan yang pesat dalam bidang ekonomi dan indsutri di Malaysia telah mengakibatkan masalah pencemaran air sungai terutama di kawasan kepadatan pdnduduk yang tinggi dan kawasan perindustrian. Walaupun terdapat undang-undang dan pentadbiran yang cuba mengawal masalah ini tetapi disebabkan masal...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 439816 Sabiah Abu Bakar
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1995
Subjects:
Description
Summary:Perkembangan yang pesat dalam bidang ekonomi dan indsutri di Malaysia telah mengakibatkan masalah pencemaran air sungai terutama di kawasan kepadatan pdnduduk yang tinggi dan kawasan perindustrian. Walaupun terdapat undang-undang dan pentadbiran yang cuba mengawal masalah ini tetapi disebabkan masalah program pengawalan kualiti air dan kekurangan maklumat maka penguatkuasaan tidak dpat dilaksanakan sepnuhnya. Tambahan pula masalah ini kurang mendapat perhatian awam maka negara terpaksa menghadapinya. Sungai Kempas terletak lebih kurang 7km dari bandaraya Johor Bahru. Sungai yangpanjangnya berukuran 3.483 km ini telah dilaporkan sebagai salah satu sungai yang paling tercemar di Malaysia oleh Jabatan Alam Sekitar (Khamis, Julai 28, 1994-New Straits Times). Ia mengalir masuk ke kuala Sungai Skudai dan seterusnya ke Selat Johor. Pencemaran yang memasuki Selat JOhor akan memberi kesan kepada perkerjaan penangkapan ikan dan penternakan ikan di persekitaran kawasan tersebut. Tambahan pula di bahagian tengah dan kuala sungai ini melalui beberapa kawasan kampung yang mana pencemaran tersebut boleh membahayakan kesihatan penduduk sekitar. Kajian telah dijalankan untuk menentukan tahap pencemaran dan membincangkan punca pencemaran Sungai Kempas. Sampel telah diambil dari 11 stesen yang berlainan di sepanjang sungai tersebut dan meliputi jenis guna tanah yang berlainan. sampel telah diambil dari bulan Ogos sehingga buln Disember 1994 dan parameter yang diukur adalah BOD, COD, SS, Ammonia Nitrogen dan ion-ion logam berat. Antara nilai yang tertinggi untuk BOD ialah 60 mg/l, COD 637 mg/l, SS 314 mg/l, Ammonia Nitrogen 94.5 mg/l dan ion kuprum 4.1 mg/l. Keputusan dari kajian menunjukkan tapak pelupusan MBJB di jalan Tahana, kilang sekitar kawasan Tampoi/larkin dan kerja-kerja pembersihan tapak pembangunan dan projek perumahan di tampoi dan BBU adalah aktiviti-aktiviti yang memberi kesan terhadap kualiti air Sungai Kempas.