Summary: | Kerokan dasar merupakan satu masalah yang perlu di beri perhatian di dalam merancang dan merekabentuk alur keluar dari saluran buatan ke seluran semulajadi. Kaedaj yang dapat mengatasi masalah tersebut ialah mengurangkan tenaga dan halaju aliran pada alur keluar dengan menggunakan struktur pelesap tenaga. Projek ini dilaksanakan dengan menyelidik semula bahan-bahan rujukan serta membuat tinjauan mengenai struktur-struktur pelesap tenaga yang tertentu degna tujuan: a) mengenalpasti ciri-ciri kerokan pada alur keluar saluran b) mengenalpasti kaedah-kaedah pelesapan tenaga dan jenis-jenis struktur pelesap tenaga untuk mengatasi kerokan pada alur keluar c) menyediakan garis panduan untuk merekabentuk struktur-struktur tersebut. Panduan untuk meramalkan dimensi-dimensi kerokan yang penting seperti panjang, lebar dan kedalaman di alur keluar saluran telah diberikan. Tiga jenis kaedah pelesapan tenaga yang dikenalpasti ialah geseran permukaan, lompatan hidraulik dan hentaman. Manakala struktur pelesap tenaga yang dibincangkan ialah apron riprap, stilling basin riprap, New Stilling Basin, UBSR Stilling Basin III, struktur penurun jensi blok hentaman, Box Inlet Drop Spillway dan USBR Stilling Basin. Dimana, panduan dan had-had rekabentuk setiap struktur juga dibancangkan.
|