Peralatan tanah untuk tambakan /

Peralatan geoteknik amat luas digunakan dalam rekabentuk dan pembinaan tambakan untuk menyelidiki kelakunan asas tanah di abwah keadaan pembebanan yang sebenar. Untuk mencapai tujuan ini, berbagai alat geoteknik telah diarekabentuk dan diubahsuai,t idak kira samada kaedah tersebut mengunakan cara pe...

Descrición completa

Detalles Bibliográficos
Autor Principal: 441594 Mok, Yeen Yee
Formato:
Publicado: Sekudai : UTM, 1995
Subjects:
Descripción
Summary:Peralatan geoteknik amat luas digunakan dalam rekabentuk dan pembinaan tambakan untuk menyelidiki kelakunan asas tanah di abwah keadaan pembebanan yang sebenar. Untuk mencapai tujuan ini, berbagai alat geoteknik telah diarekabentuk dan diubahsuai,t idak kira samada kaedah tersebut mengunakan cara pengukuran yang mduah atau alat-alat yang moden dan canggih untuk mengukur tekanan dan ubahbentuk struktur tanah. Penggunaan peralatan mampu membantu dalam memperolehi penyelesaian secara kuantitatif kepada persoalan yang timbul semasa rekabentuk, pembinaan dan juga dalam tempoh servis binaan. Justerunya, skop projek ini merangkumi latar belakang dan sejarah serta kepentingan penggunaan peralatan geoteknik untuk mengawasi kelakunan tanah terutamanya tambakan diatas tanah lembut. Langkah-langkah perancangan program pengawasan dan skema peralatan geoteknik juga dibincangkan. Perbincangan mengenai pengukuran sifat-sifat kelakunan tanah iaitu anjakan dan tekanan air liang turut disertakan. Bahagian ini juga termasuk pengenalan berbagai jenis alat geoteknik,penggunaan dan juga perbandingan antara setiap jenis alat tersebut. Selain daripada itu, cara pembentangan dan tafsiran data turut dibnincangkan. Untuk memberikan satu gambaran yang lebih jelas mengenai peranan peralatan tanah, satu kajian kes yang melibatkan program pengawasan kelalunan tanah tambakan Ujian Untuk Mengkaji Penggunaan Saliran Pugak di Sg.Juru yang dilaksana oleh Projek Lebuhraya Utara-Selatan Bhd. telah dilakukan.