Pra dan pasca pemproses grafik untuk analisis rasuk menggunakan autocad /

Perisian AutoCAD mempunyai banyak kelebihan yang berguna untuk menganalisa dan pemprosesan maklumat daripada model strukturyang dijanakan. Oleh itu, sebahagian besar kajian ini adalah berkenaan pembinaan aturcara komputer untuk menganalisa rasuk dengan menggunakan AutoLISP iaitu bahasa pengaturcaraa...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 442132 Nor Zamri Sondor
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1995
Subjects:
Description
Summary:Perisian AutoCAD mempunyai banyak kelebihan yang berguna untuk menganalisa dan pemprosesan maklumat daripada model strukturyang dijanakan. Oleh itu, sebahagian besar kajian ini adalah berkenaan pembinaan aturcara komputer untuk menganalisa rasuk dengan menggunakan AutoLISP iaitu bahasa pengaturcaraan yang tersirat didalam perisian AutoCAD. ntuk membolehkan model rasuk dijanakan,pengubahsuaian terhadap persekitaran dan menu perisian AutoCAD telah dilakukan. Model rasuk yang terdiri daripada blok-blok lukisan yang mengandungi data-data untuk dianalisis, diantaranya adalah bilangan sendi, bilangan anggota, bilangan sokong dan bilangan beban hujung. kesemua data masukan ini ditulis kedalam satu fail yang seterusnya digunakan untk dianalisis oleh aturcara lauran yang ditulis didalam bahasa BASIC. Aturcara ini menggunakan kaedah kekukuhan untuk tindakbalas disokong, daya dalam anggota dan anjakan disendi. Seterusnya keputusan analisis akan dimasukkan kedalam satu fail keluaran. Fail ini digunakan oleh AutoCAD untuk memaparkan keputusan dilayar atau di pencetak. Semua keputusan yang diperolehi daripada aturcara yang dibina telah disemak menggunakan perisian komputer QSE untuk menentukan kesahihannya dan ketepatannya. Berdasarkan beberapa contoh penggunaan, aturcara yang dihasailkan dapat memberikan kepputusan yang boleh dipercayai dan tepat untuk menganalisis rasuk. Walaubagainapun aturcara yang dibina masih mempunyai kelemahan seperti kesukaran menyunting model dan tidak dapat memnyelesaikan masalah perubahan suhu dan enapan disokong.