Analisis bekalan dan permintaan simen serta unjuran tahun 2000 /

Dengan ekonomi Malaysia yang semakin pesat berkembang ini ia turut membayangkan bahawa sektor-sektor lain didalam struktur ekonomi juga sedang mengalami peningkatan ,Ini tidak mengecualikan sektor pembinaan yang juga merupakan segmen didalam struktur ekonomi negara.Ia berkembang pesat seiring dengan...

全面介绍

书目详细资料
主要作者: 443460 Zakiah Tahir
格式:
出版: Sekudai : UTM, 1995
主题:
实物特征
总结:Dengan ekonomi Malaysia yang semakin pesat berkembang ini ia turut membayangkan bahawa sektor-sektor lain didalam struktur ekonomi juga sedang mengalami peningkatan ,Ini tidak mengecualikan sektor pembinaan yang juga merupakan segmen didalam struktur ekonomi negara.Ia berkembang pesat seiring dengan perkembangan ekonomi dan secara tidak langsung turut mempengaruhi permintaan simen negara. Justeru itu, kajian perlu dibuat untuk mengenalpasti mampukah industrsi simen ini menyediakan bekalan dalam memenuhi permintaan yang meninghat. Kajian dibuat meliputi seluruh Malaysia ini bertujuan untuk mengetahui permintaan dan bekalan simen pada tahun 2000 akan datang. Permintaan dan bekalan simen ini perlu dikaji bila memandangkan masalah yang timbul sejak kebelakangan ini dimana negara sering menghadapi fenomena kekurangan bekalan. Sehubungan dengan itu dalam mengenalpasti bekalan dan permintaan pada tahun 2000 adalah perlu untuk mengetahui corak bekalan dan permintaan pada masa lepas dan kajian dibuat bermula dari tahun 1984. Dari sini permintaan dan bekalan pada tahun 2000 akan dikenalpasti secara membuat regrasi dengan pengeluaran industri binaan.Proses penyelidikan bermula dengan mendapatkan KDNK sektor pembinaan dan permintaan simen 1984-1993 dan beberapa perkara lain yang mempunyai perkaitan seperti perkembangan ekonomi Seterusnya regrasi dibuat menggunakan sistem Lotus 123 untuk mendapatkan unjuran keperluan dan bekalan pada tahun 2000. Keputusan yang diperolehi adalah permintaan simen meningkat hingga 17,858,100 ton dan bekalan 17,836,260 ton.Ini menunjukan negara akan mengalami kekurangan bekalan sekiranya pengeluar simen tidak meningkatkan pengeluaran mereka.Berhubung dengan itu langkah yang wajar harus diambil untak menangani masalah yang bakal timbul ini.