Meningkatkan kualiti ruang bandar untuk penduduk : kawasan kajian : pusat Bandar Segamat /

Ruang bandar merupakan satu elemen penting dalam sesebuah bandar. Persekitaran dan susunaturnya memberikan kesan yang sangat ketara terhadap ciri-ciri bandar. Untuk itu, perancangan penggunaan ruang bandar yang tidak optimum secara langsung akan menjejaskan daya tarikannya terhadap orangramai dan ju...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 446667 Wong, Seng Fatt
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1995
Subjects:
Description
Summary:Ruang bandar merupakan satu elemen penting dalam sesebuah bandar. Persekitaran dan susunaturnya memberikan kesan yang sangat ketara terhadap ciri-ciri bandar. Untuk itu, perancangan penggunaan ruang bandar yang tidak optimum secara langsung akan menjejaskan daya tarikannya terhadap orangramai dan juga merugikan pihak berkuasa. Tindakan secara sedar dalam perancangan boleh meningkatkan kualiti ruang bandar untuk menghasilkan ruang yang selesa dan seronok digunakan oleh orang ramai.Memang tidak dapat dinafikan bahawa bandar merupakan 'pentas' penting dalam kehidupan harian kita. Menikmati runag ynag berkualiti merupakan harapan semulajadi dalam sanubari setiap manusia. Bagaimanapun, perlu disedari bahawa ruang bandar adalah terbentuk daripada susunatur bangunan-bangunan. Justeru itu, ruang bandar berperanan penting untuk menghubung-kaitkan manusia dengan karektor fizikal bangunan serta guna bangunannya dalam menghasilkan suatu persekitaran ruang yang menarik dan berfungsi. Untuk mencapai tujuan tersebut, penerapan ciri-ciri seperti 'visual appropriateness,' 'variety', 'legibility', 'robustness', 'richness', 'personalisation' dan 'permeaability', adalah perlu memberikan nilai tambahan (value added) kepada ruang bandar dalam usaha menghasilkan suatu persekitaran ruang bandar yang baik untuk orang ramai. Isi kandungan penyelidikan ini dibahagikan kepada lima bab. Bab pertama adalah rangka perancangan penyelidikan. Bab kedua pula merupakan satu kajian literatur mengenai konsep ruang dan ciri-ciri yang boleh meningkatkan kualiti ruang bandar. Bab tiga adalah satu kajian dalam konteks wilayah. Kajian makro ini adalah perlu kerana perancangan pembangunan dalam konteks wilayah (daerah dan bandar) mempunyai pengaruh yang ketara terhadap perancangan mikro. Seterusnya, bab empat merupakan satu penganalisaan tahap tindak balas ruang bandar di pusat bandar lama Bandar Segamat dan cadangan untuk menghasilkan satu persekitaran ruang bandar yang baik untuk orang ramai. Akhirnya, bab lima merupakan kesimpulan keseluruhan penyelidikan ini.