Guna pakai sistem maklumat geografi (GIS) bagi pengurusan ladang di FELCRA /

Perkembangan teknologi komputer dan perisian masa kini telah memainka peranan utama bagi menghasilkan suatu sistem pengendalian maklumat yang terkini, lengkap dan pantas. Ia turut membantu proses membuat keputusan, perancangan dan pengawasan dalam setiap aktiviti termasuklah aktiviti pengurusan lada...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 172043 Abdullah Othman
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1995
Subjects:
Online Access:http://www.psz.utm.my/sla/billing/login.asp?mid=30311
Description
Summary:Perkembangan teknologi komputer dan perisian masa kini telah memainka peranan utama bagi menghasilkan suatu sistem pengendalian maklumat yang terkini, lengkap dan pantas. Ia turut membantu proses membuat keputusan, perancangan dan pengawasan dalam setiap aktiviti termasuklah aktiviti pengurusan ladang. Sistem maklumat Geografi (GIS) merupakan teknologi canggih yang mampu menghasilkan pengurusan lebih sistematik dan berkesan. Teknik ini digunakan disatu projek FELCRA yang baru memperkenalkan sistem tanaman pepagar getah dan buah-buahan. Sistem tanaman ini telah menimbulkan beberapa kesukaran disebabkan setiap aktiviti perladangan bergantung kepada usia dan jenis tanaman yang ditanam. Dua aktiviti perladangan iaitu pembajaan dan peeliharaan tanaman ditumpukan dalam kajian ini. Menerusi perlaksanaan dan pembentukan pangkalan data, maklumat lengkap dalam bentuk grafik dan atribut bagi perancangan, pengagihan dan tindakan terhadap kedua-dua aktiviti yang dinyatakan dapat dihasilkan. Bagi kemudahan pengguna, menu disediakan menggunakan bahasa makro mudah. Hasil kajian menunjukkan teknik ini merupakan kaedah berkesan menjadikan aktiviti pengurusan ladang yang lebih optimum.