Isu pengurusan dalam pelaksanaan GIS : satu kes kajian terhadap pihak berkuasa tempatan di Semenanjung Malaysia /

'Geographical Informations System' (GIS) adalah satu teknologi maklumat yang amat penting terutama di negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia. Walaupun teknologi iniperkara yang baru bagi jabatan-jabatan kerajaan, khasnya pihak berkuasa tempatan, kesedaran kearah perlaksanaan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Kamaruzaman Abd. Rasid 622542
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1995
Subjects:
Online Access:http://www.psz.utm.my/sla/billing/login.asp?mid=30303
Description
Summary:'Geographical Informations System' (GIS) adalah satu teknologi maklumat yang amat penting terutama di negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia. Walaupun teknologi iniperkara yang baru bagi jabatan-jabatan kerajaan, khasnya pihak berkuasa tempatan, kesedaran kearah perlaksanaan dan penubuhannya amat memberangsangkan. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap perlaksanaan GIS di sembilan puluh enam buah pihak berkuasa tempatan di Semenanjung Malaysia iaitu samada telah mempunyai unit GID atau dalam penyediaan peringkat akhir kearah pelaksanaannya ataupun mempunyai cadangan untuk menubuhkan sistem GIS ini dalam masa berapa tahun lagi. Maklumat berkaitan teknologi (perkakasan dan perisian) dan ebntuk data yang sedia ada dikaji bagi menentukan masalah yang dihadapi bagi tujuan perlaksanaan GIS. Manakala isu pengurusan terutama membabitkan perkara kekurangan kepakaran dan latihan, tahap kesedaran disemua peringkat organisasi, perancangan dan kepimpinan telah dikaji secara terperinci melalui soal selidik yang diadakan. Ketiadaan jawatan-jawatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang GIS menjadi faktor utama kelemahan mencapai tahap produktif yang berkesan. Tambahan pula personel yang mempunyai pengetahuan komputer tidak didedahkan kepada latihan dan pengetahuan berkaitan GIS.