Kemudahan pembiayaan bagi pembangunan tanah rezab melayu di Wilayah Persekutuan /

Tanah merupakan satu faktor pengeluaran yang terhad penawarnya manakala 'Melayu' pula adalah seseorang yang fasih bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan berteturunan Melayu. Apakah kaitan Melayu dan tanah? Hubungkait keduanya adalah "Tanah Rezab Melayu atau TRM". Dahulu...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 177822 Nazlinda Abdullah
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1995
Subjects:
Description
Summary:Tanah merupakan satu faktor pengeluaran yang terhad penawarnya manakala 'Melayu' pula adalah seseorang yang fasih bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan berteturunan Melayu. Apakah kaitan Melayu dan tanah? Hubungkait keduanya adalah "Tanah Rezab Melayu atau TRM". Dahulu TRM diujudkan oleh permerintahan Inggeris sebagai 'hadiah' kepada orang Melayu untuk memastikan mereka masih memiliki tanah. Malangnya, ia tidak dihargai malah diberikan pula kepada pihak yang tidak berhak dengan alasan tiada modal untuk memajukan tanah sendiri. Ennakmen Rezab Melayu selalunya dikaitkan dengan kelembapan pembangunan TRM. Kenapa berlaku demikian? Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat adakah ebnar ERM menghalang pembangunan bagi TRM di Wilayah Persekutuan iaitu Sungai Penchala, segambut, Gombak dan Selayang. Salah satu permasalahan utama yang menghalang kemajuan TRM ialah aspek kewangan. ramai pemilik tidak mempunyai modal untuk memajukan tanah sendiri. ERM telah mewujudkan satu peruntukan yang membenarkan pihak tertentu (perbandanan dan institusi kewangan) menerima gaidan TRM. Kajian ini yang dilaksanakan melalui temubual dengan pihak-pihak ini dan pemerhatian di lapangan mendapati bahawa tidak semua malah hanya segelintir sahaja daripada pihak tersenari ini yang ada menyediakan kemudahan pinjaman bagi pembangunan TRM seperti MARA, Bank Pembangunan dan Bank Bumiputera. Halangan-halangan terhadap darjah kesanguppan pihak ini menerima gadaian TRM adlah berpunca daripada ciri-ciri TRM itu sendiri, sikap pemilik dan kurangnya penguatkuasaan daripada pihak kerajaan. Pembangunan yang dilaksanakan tanpa bercanggah dengan peruntukan ERM dan halangan-halangan tersebut dapat dikurangkan, telah dibuktikan berkesan. Contohnya perumahan Kampung padang Dalam, Gombak dimana satu syarikat telah membangunkan kawasan TRM dengan perumahan yang lebih teratur. Untuk merealisasikan peranan pihak tersenarai ini, ebberapa cadangan telah disyorkan di akhir kajian seperti insentif cukai kepada pemilik, cantuman lot dan penubuhan agensi khas untuk menyelesaikan masalah TRM.