Pengurusan penyenggaraan kediaman kelamin bagi anggota lain-lain pangkat dalam Angkatan Tentera Malaysia : kes kajian : Kem Majidee/

Perumahan adalah merupakan salah satu sektor ekonomi yang terpenting di Malaysia dan sektor perumahan ini juga semakin berkembang dengan pesatnya di negara-negara yang sedang membangun terutamanya diMalaysia. Didalam menjalankan penyenggaraan bagi sektor perumahan maka ia memerlukan satu sistem peng...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 177850 Tengku Norazlina Tengku Seri
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1995
Subjects:
Description
Summary:Perumahan adalah merupakan salah satu sektor ekonomi yang terpenting di Malaysia dan sektor perumahan ini juga semakin berkembang dengan pesatnya di negara-negara yang sedang membangun terutamanya diMalaysia. Didalam menjalankan penyenggaraan bagi sektor perumahan maka ia memerlukan satu sistem pengurusan penyenggaraan yang cekap dan mengikut matlamat penyenggaraan yang sebenar. Oleh itu, sistem pengurusan penyenggaraan yang cekap akan menghasilkan keadaan kediaman atau perumahan yang baik dan selesa. Didalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), perumahan juga disediakan bagi memberi kemudahan kepada anggota tentera untuk menginap dan mereka tidak perlu untuk menyewa rumah. Tetapi kediaman yang disediakan ini adalah tidak disediakan untuk semua anggota tentera. Kediaman ini hanya diberikan kepada anggota tentera yang telah dipilih daripada permohonan yang telah dibuat. Kajian ini dibuat adalah bertujuanuntuk mengenalpasti sistem pengurusan penyenggaraan yang sedang dilaksanakan serta bagi mengenalpasti masalah-masalah atau kelemahan yang dihadapi dalam sistem yang dijalankan ini. Di akhir kajian ini akan diberikan cadangan-cadangan bagi mengatasi masalah yang telah dikenalpasti. Kajian ini hanya khususnya bagi pengurusan penyenggaraan untuk kediaman kelamin yang terdapat dalam kem bagi anggota Lain-lain pangkat(LLP).