Hubungan ekonomi negara dengan pasaran harta tanah : kes kajian : bangunan pejabat di Johor Bahru /

Selaras dengan perkembangan ekonomi yang pesat, pelbagai pembangunan telah dilaksanakan untuk memenuhi keperluan berbagai sektor. Johor Bahru sebagai puat bandar utama di Selatan Semenanjung Malaysia juga tidak tercicir daripada ambang pembangunan ini. Pelbagai projek pembangunan pejabat binaan khas...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 178214 Tee, Min Hoe
Format:
Published: Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1995
Subjects:
Description
Summary:Selaras dengan perkembangan ekonomi yang pesat, pelbagai pembangunan telah dilaksanakan untuk memenuhi keperluan berbagai sektor. Johor Bahru sebagai puat bandar utama di Selatan Semenanjung Malaysia juga tidak tercicir daripada ambang pembangunan ini. Pelbagai projek pembangunan pejabat binaan khas yang merupakan tempat perjalanan aktiviti pentadbiran, perniagaan dan perkhidmatan professional telah dilaksanakan. Akibat terlalu banyak bangunan pejabat binaan khas didirikan di Pusat Bandar Johor Bahru, sektor harta tanah pejabat dijangka akan menghadapi lebihan penawaran dalam 1-2 tahun ini. Situasi ini selaras dengan pusingan harta tanah yang lepas walaupun ekonomi negara dijangka akan terus berkembang dengan baik. Dissertasi ini adalah untuk melihat hubungan diantara perkembangan permintaan ruang pejabat dengan ekonomi negara. Bagaimanapun tumpuan kajian diberi kepada bangunan pejabat binaan khas yang terletak diPusat Perniagaan Bandar. Kajian dilakukan dengan mengambil data-data yang lepas untuk mengenalpasti petunjuk ekonomi yang mempengaruhi permintaan bagi tujuan ramalan permintaan. Petunjuk-petunjuk ekonomi diberi penekanan untuk mengetahui pola perkembangan. Teknik statistik digunakan untuk menganalisis data-data yangdiperolehi. Hasil daripada analisis, didapati petunjuk-petunjuk ekonomi mempunyai hubungan yang kuat dengan permintaan ruang pejabat. Perkembangan ruang pejabat memang dipengaruhi oleh faktor ekonomi. Berdasarkan keputusan ramalan, didapati memang wujud lebihan penawaran padadua tiga tahun akan datang. Bagaimanapun, hubungan pertandingan permintaan daripada kedai pejabat. Kajian selanjutnya ke atas jenis pejabat yang berlainan adalah diperlukan.