Summary: | Harta tanah kediaman merupakan satu keluaran yang amat diperlukan oleh penduduk dalam satu-satu kawasan, Kewujudannya adalah faktor pelengkap dan penyokong kepada sektor pembangunan ekonomi yang lain kerana setiap individu memerlukan tempat perlindungan sebagai salah satu daripada keperluan asas bagi manusia. oleh yang demikian, permintaan terhadap harta tanah ini akan selari dengan perkembangan ekonomi sesuatu kawasan. namun begitu, terdapat pelbagai faktor yang sering dipertimbangkan oleh pembeli dalam proses pembelian rumah kediaman. Salah satu faktor yang dikenalpasti adalah faktor rekabentuk rumah. Banyak pendapat yang menyatakan ianya perlu dipertimbangkan dan selaras dengan ini juga, para pemaju masing-masing melancarkan pelbagai jenis rekabaentuk yang berbeza dan diberi dengan pelbagai jenis nama Spanish, urban, dahlia, canary dan sebagainya. Oleh yang demikian, dalam kajian ini, ia akan mengenalpasti sejauhmana pengaruh rekabentuk dengan melihat kepentingannya di samping mengenalpasti darjah kepentingan faktor-faktor lain. Hasil dari analisis yang dilakukan secara kuantitatif melalui kaedah 'Likert Scoring', didapati darjah kepentingan setiap rekabentuk luaran dan juga corak rekabentuk yang diminati pada masa kini. Adalah dikenalpasti bahawa rekebentuk jenis Canary dan majorca merupakan dua jenis rekabentuk yang menempatai cita rasa pembeli, manakala bagi elemen rekabentuk luaran adalah mementingkan keperluan pagar dan juga elemen lain seperti teres, balkoni, pintu, orientasi bangunan dan sebagainya. Sebagai pihak pemaju yang mahukan harta tanah mereka dapat dijual di pasaran dengan baik maka hendaklah dengan baik maka hendaklah peka terhadap kehendak bakal pembeli mereka.
|