Kajian perletakan kompleks membeli-belah di kawasan perumahan/

Perletakan kompleks membeli-belah sering dikaitkan dengan pusat bandar kerana kawasan ini menjadi tumpuan pelbagai aktiviti ekonomi. Kini, perletakan kompleks membeli-belah sudah berubah dan nula bertapak di kawasan perumahan yang jauh kekurangan dari segi kepelbagaian aktiviti ekonomi jika dibandin...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 178530 Azman Mab @ Adnan
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1995
Subjects:
Description
Summary:Perletakan kompleks membeli-belah sering dikaitkan dengan pusat bandar kerana kawasan ini menjadi tumpuan pelbagai aktiviti ekonomi. Kini, perletakan kompleks membeli-belah sudah berubah dan nula bertapak di kawasan perumahan yang jauh kekurangan dari segi kepelbagaian aktiviti ekonomi jika dibandingkan dengan pusat bandar. Bandaraya Kuala Lumpur juga tidak terkecuali dari berlakunya fenomena ini dimana kebanyakan pembangunan kawasan perumahan yang luas saiznya diwujudkan sebuah kompleks membeli-belah yang mempunyai persamaan dari berbagai segi dengan kompleks membeli-belah yang terdapat dipusat bandaraya. Projek khas ini akan memngenalpasti apakah tarikan sehingga membuatkan pengunjung sanggup datang ke kompleks membeli-belah terbabit dari aspek kebaikan dan keburukan yang diperolehi. Kajian juga akan dilakukan terhadap penyewa diatas kesanggupan menjalankan perniagaan di kompleks membeli-belah terbabit dari sudut mengenalpasti tarikan-tarikan yang wujud. setelah mengenalpasti segala kebaikan dan keburukan yang diterimam oleh pengunjung dan faktor-faktor yang menarik peniaga memnjalankan perniagaan di kompleks membeli-bnebelah terbabit, cadangan-cadangan yang boleh membantu pihak pengurusan atau pemilik kompleks membeli-belah erlibat dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung dan peniaga akan dikemukakan bagi menjamin kompleks membeli-belah itu sentiasa menjadi tumpuan. cadangan akan dibuat dengan memperbaiki segala keburukan yang diterima oleh pengunjung dan peniaga. Cara kerja dan analisa-analisa tertentu akandigunakan bagi mendapatkan segala objektif yang dikehendaki. Hasil keputusan mendapati terdapat berbagai perkara yang menjadi kebaikan dan keburukan kepada pengunjung akibat perletakan kompleks membeli-belah di kawasan perumahan antaranya kebaikan dari segi kurang kesesakan lalu-lintas, tempat letak kereta yang mencukupi, kemudahsampaian yang baik dan lain-lain lagi manakala keburukannya pula ialah barangan faktor yang mahal, pencemaran bunyi dan kurang pilihan barangan. Kajian juga mendapati faktor ramai pengunjung dan kemudahan yang mencukupi merupakan antara sebab mengapa peniaga sanggup menjalankan perniagaan disini. Cadangan yang bertujuan memperbaiki kompleks membeli-belah terbabit agar sambutan dari peniaga dan pengunjung juga dikemukakan dalam kajian projek khas ini.