Summary: | Pemasaran Kolaam Renang Awam adaslah merupakan satu perkara yang kompleks dan perlu dilakukan dengan berhati-hati. Pembinaan sesuatu Kolam Renang Awam tanpa terlebih dahulu dilakukan sebarang kajian kemungkinan akan mendatangkan masalah-masalah yang dikenali sebagai masalah pemasaran. Penulisan ini adalah bertujuan untuk mengkaji masalah-masalah pemasaran yang timbul bagi sebuah kolam Renang Awam yang telah ditetapkan, iaitu Kolam Renang Awam MBJB. Masalah-masalah yang timbul harus dikaji untuk dibengung supaya pihak MBJB tidak akan terus menanggung kerugian dari semasa ke semasa. bahagian awal penulisan ini, mengemukakan teori-tori berkenaan dengan pemasaran dan kolam renang. Bagi maksud Projek Khas ini, penulis telah merujuk sebuah kolam renang. bagi maksud Projek Khas ini, penulis telah merujuk sebuah kolam renang. Bagi maksud projek ini, penulis telah merujuk sebuah Kolam Renang Awam yang bermasalah iaitu " Kolam Renang Awam MBJB" yang terletak di sebuah kawasan kediaman dikenali sebagai Kampung Dato Onn, Larkin, Johor Bahru, Johor. Kajian ini juga akan mengemukakan cadangan-cadangan untuk menarik orang ramai untuk mendapatkan perkidmatan Kolam Renang Awam tersebut. Cadangan-cadangan yang dikemukakan adalah mencakupi bidang pemasaran. Strategi pemasaran yang dicadanglam penulis, adalah diharapkan dapat membantu pihak MBJB mengatasi masalah pemasaran Kolam Renang Awam mereka yang dewasa ini semakin meruncing.
|