Kajian keatas keberkesanan media periklanan terhadap pelancong-pelancong luar negara dalam mempengaruhi industri pelancongan di Johor /
Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk menganalisis keberkesanan media periklanan terhadap pelancong asing yang dijalankan oleh Jabatan Pelancongan Johor dalam memajukan industri pelancongan di Johor. Skop kajian ini hanya meliputi periklanan yang dijalankan oleh Jabatan Pelancongan Johor dan ia d...
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Published: |
Sekudai : UTM,
1995
|
Subjects: |
Summary: | Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk menganalisis keberkesanan media periklanan terhadap pelancong asing yang dijalankan oleh Jabatan Pelancongan Johor dalam memajukan industri pelancongan di Johor. Skop kajian ini hanya meliputi periklanan yang dijalankan oleh Jabatan Pelancongan Johor dan ia ditumpukan kepada pelancong asing yang berada di kawasan Johor Bahru. Kajian ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu analisis berdasarkan data yang diperolehi dari Jabatan Pelancongan Johor dan analisis berdasarkan soal selidik yang telah diedarkan. Hasil data yang diperolehi menunjukkan peningkatan dari segi perbelanjaan yang diperuntukkan oleh Jabatan Pelancongan Johor pada tahun 1995 berbanding pada tahun 1994. Jabatan Pelancongan Johor memperuntukkan perbelanjaan tertinggi untuk majalah Wings of Gold. Hasil dapatan soal selidik menunjukkan hanya 14.60% responden menyatakan kedatangan mereka dipengaruhi oleh Jabatan Pelancongan Johor. Dalam analisis jenis periklanan yang terpenting, didapati majalah merupakan faktor yang paling berpengaruh terhadap responden. Manakala selain daripada periklanan, pengaruh kebudayaan merupakan faktor yang memainkan peranan yang penting untuk menarik minat pelancong untuk melawat Johor. Secara kesimpulannya periklanan yang dijalankan oleh Jabatan Pelancongan Johor dianggap berjaya memberi kesan kepada responden. |
---|