Kajian ke atas penerimaan produk syarikat Auravest dan kesetiaan jenama terhadap produk pesaing /

Dalam dunia perniagaan yang kian mencabar dengan pelbagai jenama yang wujud dalam pasaran, adalah penting bagi Syarikat Auravest mengadakan kajian ke atas penerimaan pengguna terhadap produk barunya. Maklumat daripada penyelidikan boleh dijadikan panduan kepada pihak pengurusan dalam merekabentuk s...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 179999 Khoo, Saw Khoon
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1995
Subjects:
Description
Summary:Dalam dunia perniagaan yang kian mencabar dengan pelbagai jenama yang wujud dalam pasaran, adalah penting bagi Syarikat Auravest mengadakan kajian ke atas penerimaan pengguna terhadap produk barunya. Maklumat daripada penyelidikan boleh dijadikan panduan kepada pihak pengurusan dalam merekabentuk strategi pemasaran yang paling berkesan dalam menandingi pesaing-pesaingnya. Kajian penerimaan telah dibuat untuk produk pencuci baju, pinggan dan kereta keluaran Syarikat Auravest. Sebanyak 150 pengguna dari kawasan kampus Universiti Teknologi Malaysia, Skudai telah dipilih sebagai responden sampel kajian ini. Hasil analisis kajian penerimaan menunjukkan bahawa tahap kepuasan dan penerimaan pengguna terhadap produk keluaran Syarikat Auravest adalah tinggi. Analisis produk pesaing dan jurang pasaran juga diadakan untuk mengenalpasti pesaing-pesaing potensi Syarikat Auravest. Dari hasil kajian, didapati faktor yang paling dipentingkan oleh pengguna semasa membuat keputusan membeli produk pencuci baju dan pinggan ialah kualiti, harga, promosi jualan dan kebolehdapatan. Manakala faktor kualiti, harga dan reputasi jenama paling dipentingkan dalam pembelian produk pencuci kereta. Akhirnya, beberapa cadangan strategi pemasaran telah dikemukakan untuk meningkatkan kesedaran pengguna dan seterusnya meningkatkan jualan Syarikat Auravest.