Faktor-faktor pemilihan antara telefon mudah alih dan kelui : kajian kes : Johor Bahru /

Alat komunikasi merupakan salah satu keperluan kepada manusia pada masa sekarang. Pada zaman sains dan teknologi yang semakin meningkat ini, berbagai alat komunikasi telah dihasilkan dengan fungsi yang tersendiri. Kewujudan telefon mudah alih dan kelui telah membezakan pengguna alat komunikasi kep...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 180384 Farisharman Fauzi
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1995
Subjects:
Description
Summary:Alat komunikasi merupakan salah satu keperluan kepada manusia pada masa sekarang. Pada zaman sains dan teknologi yang semakin meningkat ini, berbagai alat komunikasi telah dihasilkan dengan fungsi yang tersendiri. Kewujudan telefon mudah alih dan kelui telah membezakan pengguna alat komunikasi kepada dua kumpulan. Pengguna telefon mudah alih dikatakan sebagai individu yang berpendapatan tinggi manakala pengguna kelui pula sebaliknya. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui apakah faktor-faktor yang mendorong pengguna di dalam membuat keputusan pembelian di antara kelui dan telefon mudah alih. Skop kajian ini adalah tertumpu kepada pengguna alat komunikasi khasnya telefon mudah alih dan kelui di daerah Johor Bahru. Data-data dari pengguna dikumpulkan melalui kaedah soal selidik. Dapatan kajian mendapati bahawa pendapatan dan kepentingan penggunaan alat komunikasi mempengaruhi mereka di dalam membuat keputusan pembelian. Hasil kajian juga mendapati bahawa media massa masih belum dapat memberikan pendedahan yang sewajarnya kepada pengguna berkaitan dengan alat komunikasi ini dan seterusnya menarik pengguna yang berpotensi untuk membeli.