Kepuasan kerja di kalangan kakitangan akademik FPPSM : satu kajian /

Kajian kes yang bertajuk Kepuasan kerja di kalangan kakitangan akademik FPPSM ini dilakukan di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, kampus Skudai. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kepuasan kerja kakitangan akademik di Fakulti Pengurusan Dan P...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 181271 Umi Kalsom Abdul Zabri
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1995
Subjects:
Description
Summary:Kajian kes yang bertajuk Kepuasan kerja di kalangan kakitangan akademik FPPSM ini dilakukan di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, kampus Skudai. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kepuasan kerja kakitangan akademik di Fakulti Pengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia, kampus Skudai. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat sejauhmana faktor-faktor yang dikemukakan menyumbang kepada kepuasan dan ketidakpuasan kerja berdasarkan Teori Dua Faktor Herzberg. Soalselidik ke atas 70 orang responden telah dilakukan dalam kajian ini. Data yang diperolehi dari borang soalselidik telah dianalisa dengan menggunakan skala Likert dan peratusan. Keputusan kajian mendapati bahawa kebanyakan kakitangan akdemik FPPSM berada dalam keadaan tahap kepuasan kerja sederhana. Di samping itu, hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa kakitangan akademik di Fakulti Pengurusan mempunyai tahap kepuasan kerja yang lebih tinggi berbanding dengan jabatan lain. Hasil dari penganalisaan ini juga mendapati faktor-faktor motivator dan hygien yang dikemukakan oleh teori Herzberg boleh digunakan sebagai kayu ukur untuk mengkaji tahap kepsan kerja kakitangan akademik di FPPSM.